JAKARTA: Lelaki Indonesia mengungguli senarai golongan paling kerap melakukan hubungan seks dalam perbandingan yang dibuat di 10 buah negara Asia, lapor satu tinjauan. “Hasil ‘Tinjauan Seks Ideal di Asia’ terbaru yang dilakukan syarikat farmaseutikal Pfizer, lelaki Indonesia didapati melakukan hubungan seks secara purata 9.8 kali setiap bulan,” kata laporan itu. Tempat kedua lelaki Filipina, yang melakukan hubungan seks 9.4 kali sebulan, lelaki India purata melakukan 8.8 kali sebulan, manakala lelaki Thai melakukan hubungan seks kira-kira 7.7 kali sebulan. Penemuan tinjauan itu didedahkan di sebuah hotel di Bangkok semalam. Tinjauan itu membabitkan 1,658 lelaki dan 1,624 wanita di China, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand. Semua responden berusia antara 31 dan 74 tahun dan melakukan hubungan seksual sejak 12 bulan lalu. Bagi responden perempuan, wanita India dilaporkan mencatat kekerapan tertinggi hubungan se...