Skip to main content

Projek teksi wanita di lembah klang







KUALA LUMPUR: Kegelisahan penumpang teksi wanita berhubung keselamatan mereka kini berakhir dengan pelancaran projek 'Teksi Wanita'.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kei berkata fasa perintis projek itu, dengan kerjasama ABEX Manufacturing Sdn Bhd, akan menyasarkan 400 teksi beroperasi secara 'on-call' di sekitar Lembah Klang
secara berperingkat. "Setakat ini, kami telah ada 50 pemandu teksi wanita dan kita menggalakkan mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini, terutama suri rumah, ibu tunggal dan pesara," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Terminal Bersepadu Selatan di sini hari ini. Beliau berkata teksi itu akan dipandu oleh wanita dan bersedia memberi perkhidmatan kepada penumpang wanita yang bersendirian atau membawa anak agar mereka dapat menjalankan urusan harian dengan selesa serta lancar. "Sehingga kini, terdapat tiga buah syarikat iaitu Destination Transport, Zalnas Sdn Bhd serta Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya yang boleh dihubungi bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut," katanya. Heng juga meminta golongan wanita yang berminat membawa teksi menghubungi ABEX untuk keterangan lanjut dan latihan serta kursus akan diberikan. "Projek ini juga secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan wanita bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah yang berpendapatan rendah," katanya. Beliau berkata penumpang boleh mengenal pasti teksi tersebut dengan stiker khas iaitu TeksiWanita yang dilekatkan pada kenderaan. "Penumpang juga boleh menghubungi talian 03-80240507, 03-26926000 dan 03-88884020 untuk mendapatkan pemandu wanita," katanya. Dalam perkembangan lain, Heng berkata dianggarkan seramai 10 wanita menjadi mangsa pelbagai bentuk keganasan setiap hari di Malaysia manakala 60 peratus yang terselamat dalam kes itu mengalami depresi teruk sehingga cenderung untuk membunuh diri. "Ini membuktikan bahawa masih wujud di zaman ini kelompok manusia yang melakukan kezaliman dan penindasan terhadap wanita bagi membuktikan kekuatan dan kekuasaan mereka," katanya.C-- BERNAMA 

:Bagus sangat kalau ada teksi wanita . Agak bahaya wanita yang menaiki teksi yang di pandu lelaki bersorangan terutamanya di tengah malam.Tapi jangan plak lelaki sibuk nak telefon teksi wanita ni pulak yer.

Comments

Popular posts from this blog

Girlfriend Nazmi Faiz Mansur nama Nadia Ismael

Gossip ke idak pakcik tak tahu le plak , tapi bila di search ini le gambar awek yang keluar namanya Nadia Ismael , kepada awek awek yang menyimpan perasaan kat luar sana tu jangan le keciwa ye , budak tu kecik lagi jauh lagi perjalanan , lagi elok main bola dari pasang awek kiri kanan , kang bola kemana apa kemana.

Fatal Hit and Run Allegation Investigated in Menora Tunnel Crash

Fatal Menora Tunnel Crash: Police Probe Possible Hit-and-Run Involving MPV A viral video shows an MPV failing to brake in time and purportedly running over a pregnant woman, who had been thrown out of her vehicle that went out of control. Overview of the Tragic Menora Tunnel Incident In a deeply distressing development on Malaysian roads, tragedy struck near the infamous Menora Tunnel along the North-South Expressway when a pregnant woman was killed in a horrific accident. Initial reports identified the crash as a single-vehicle incident. However, recent claims and evidence suggest a far more disturbing narrative: a possible hit-and-run . The police are now investigating claims that the woman, whose identity hasn't been publicly disclosed, may have been struck by a multi-purpose vehicle (MPV) that failed to brake in time, consequently running over her while she was lying helplessly on the roadway. The woman had been ejected from her vehicle during the initial c...

Penyanyi Indonesia Syahrini bangga dada di tandatangan Bekham

Penyanyi seksi Syahrini dengan bangganya mempamerkan tanda tangan David Bekham  di atas dadanya yang hanya beralas baju t-shirt yang ketat. Beliau juga bertindak mencium pipi pemain bola sepak terkenal manchester united  tersebut. Pelik bila Pasukan Malaysia bertandang kita dilayan seperti sampah tetapi bila pasukan barat yang  yang datang jauh beribu batu mereka dilayan seperti raja.