Skip to main content

Laki indonesia kuat main

JAKARTA: Lelaki Indonesia mengungguli senarai golongan paling kerap melakukan hubungan seks dalam perbandingan yang dibuat di 10 buah negara Asia, lapor satu tinjauan. 
“Hasil ‘Tinjauan Seks Ideal di Asia’ terbaru yang dilakukan syarikat farmaseutikal Pfizer, lelaki Indonesia didapati melakukan hubungan seks secara purata 9.8 kali setiap bulan,” kata laporan itu. Tempat kedua lelaki Filipina, yang melakukan hubungan seks 9.4 kali sebulan, lelaki India purata melakukan 8.8 kali sebulan, manakala lelaki Thai melakukan hubungan seks kira-kira 7.7 kali sebulan. Penemuan tinjauan itu didedahkan di sebuah hotel di Bangkok semalam. Tinjauan itu membabitkan 1,658 lelaki dan 1,624 wanita di China, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand. 
Semua responden berusia antara 31 dan 74 tahun dan melakukan hubungan seksual sejak 12 bulan lalu. 
Bagi responden perempuan, wanita India dilaporkan mencatat kekerapan tertinggi hubungan seks 8.7 kali sebulan secara purata. Ia diikuti wanita Indonesia dan Malaysia, kedua-duanya melakukan hubungan seks 6.8 kali sebulan. 
Tinjauan itu menyatakan wanita Thai melakukan hubungan seks hanya 5.7 kali sebulan. 
Perunding Pakar Bedah Urologi Universiti Monash Kuala Lumpur Prof Madya Dr George Lee, berkata tinjauan itu mendapati ketegangan zakar kekal menjadi faktor utama kepuasan dalam hubungan seks di kalangan rakyat Asia. 
“Sebagai contoh, sehingga 90 peratus lelaki Malaysia menyenaraikan faktor ini sebagai penting,” katanya. 
Beliau berkata hanya satu pertiga responden merasakan tempoh hubungan seksual sebagai faktor penting apabila dikaitkan dengan kepuasan. 
Pakar kesihatan terkenal dan pakar sakit puan di Thailand, Prof Madya Dr Pansak Sugkraroek, berkata dianggarkan kira-kira 2.7 juta lelaki Thai mengalami masalah mati pucuk (ED). 
“Hanya 27,000 lelaki datang untuk mendapatkan rawatan,” katanya. 
Pansak berkata selain ubatan, perubahan gaya hidup mungkin membantu mengatasi ED. – Agensi

Patut le ramai nak mampus , hidup asik nak main je , ramai sampai nak tengok bola pon ade keje pijak.

Comments

Popular posts from this blog

Girlfriend Nazmi Faiz Mansur nama Nadia Ismael

Gossip ke idak pakcik tak tahu le plak , tapi bila di search ini le gambar awek yang keluar namanya Nadia Ismael , kepada awek awek yang menyimpan perasaan kat luar sana tu jangan le keciwa ye , budak tu kecik lagi jauh lagi perjalanan , lagi elok main bola dari pasang awek kiri kanan , kang bola kemana apa kemana.

Fatal Hit and Run Allegation Investigated in Menora Tunnel Crash

Fatal Menora Tunnel Crash: Police Probe Possible Hit-and-Run Involving MPV A viral video shows an MPV failing to brake in time and purportedly running over a pregnant woman, who had been thrown out of her vehicle that went out of control. Overview of the Tragic Menora Tunnel Incident In a deeply distressing development on Malaysian roads, tragedy struck near the infamous Menora Tunnel along the North-South Expressway when a pregnant woman was killed in a horrific accident. Initial reports identified the crash as a single-vehicle incident. However, recent claims and evidence suggest a far more disturbing narrative: a possible hit-and-run . The police are now investigating claims that the woman, whose identity hasn't been publicly disclosed, may have been struck by a multi-purpose vehicle (MPV) that failed to brake in time, consequently running over her while she was lying helplessly on the roadway. The woman had been ejected from her vehicle during the initial c...

Penyanyi Indonesia Syahrini bangga dada di tandatangan Bekham

Penyanyi seksi Syahrini dengan bangganya mempamerkan tanda tangan David Bekham  di atas dadanya yang hanya beralas baju t-shirt yang ketat. Beliau juga bertindak mencium pipi pemain bola sepak terkenal manchester united  tersebut. Pelik bila Pasukan Malaysia bertandang kita dilayan seperti sampah tetapi bila pasukan barat yang  yang datang jauh beribu batu mereka dilayan seperti raja.