Skip to main content

Projek teksi wanita di lembah klang







KUALA LUMPUR: Kegelisahan penumpang teksi wanita berhubung keselamatan mereka kini berakhir dengan pelancaran projek 'Teksi Wanita'.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kei berkata fasa perintis projek itu, dengan kerjasama ABEX Manufacturing Sdn Bhd, akan menyasarkan 400 teksi beroperasi secara 'on-call' di sekitar Lembah Klang
secara berperingkat. "Setakat ini, kami telah ada 50 pemandu teksi wanita dan kita menggalakkan mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini, terutama suri rumah, ibu tunggal dan pesara," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Terminal Bersepadu Selatan di sini hari ini. Beliau berkata teksi itu akan dipandu oleh wanita dan bersedia memberi perkhidmatan kepada penumpang wanita yang bersendirian atau membawa anak agar mereka dapat menjalankan urusan harian dengan selesa serta lancar. "Sehingga kini, terdapat tiga buah syarikat iaitu Destination Transport, Zalnas Sdn Bhd serta Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya yang boleh dihubungi bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut," katanya. Heng juga meminta golongan wanita yang berminat membawa teksi menghubungi ABEX untuk keterangan lanjut dan latihan serta kursus akan diberikan. "Projek ini juga secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan wanita bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah yang berpendapatan rendah," katanya. Beliau berkata penumpang boleh mengenal pasti teksi tersebut dengan stiker khas iaitu TeksiWanita yang dilekatkan pada kenderaan. "Penumpang juga boleh menghubungi talian 03-80240507, 03-26926000 dan 03-88884020 untuk mendapatkan pemandu wanita," katanya. Dalam perkembangan lain, Heng berkata dianggarkan seramai 10 wanita menjadi mangsa pelbagai bentuk keganasan setiap hari di Malaysia manakala 60 peratus yang terselamat dalam kes itu mengalami depresi teruk sehingga cenderung untuk membunuh diri. "Ini membuktikan bahawa masih wujud di zaman ini kelompok manusia yang melakukan kezaliman dan penindasan terhadap wanita bagi membuktikan kekuatan dan kekuasaan mereka," katanya.C-- BERNAMA 

:Bagus sangat kalau ada teksi wanita . Agak bahaya wanita yang menaiki teksi yang di pandu lelaki bersorangan terutamanya di tengah malam.Tapi jangan plak lelaki sibuk nak telefon teksi wanita ni pulak yer.

Comments

Popular posts from this blog

Tanda Tanda terkena sihir

1. malas melakukan rutin harian . Hilang minat untuk melakukan ibadat atau bekerja sebagai contoh. 2. Hilang kawalan keatas diri sendiri seperti pengsan , histeria,mudah marah, stress dengan tiba tiba tanpa anda dapat mengawalnya 3. Sukar untuk tidur dan mengalami mimpi aneh dan menakutkan 4. Dada dan jantung terasa berdebar debar tanpa sebab 5.Hilang selera makan ( berat turun secara mendadak) 6.Asyik bergaduh dengan pasangan , rindu bila berjauhan tapi benci bila dekat 7. Suka bersendirian - terasa ingin membunuh diri , terasa diri tak berguna,rasa gelisah tanpa sebab munasabah 8.Kesan lebam pada tubuh tanpa sebab 9.Berasa gelisah dan tidak tenteram bila dirumah 10.Ternampak benda yang pelik dan bisikan yang mendorong melakukan perkara yang pelik dan ganas 11.Bermimpi binatang berbisa seperti ular atau bermimpi kemalangan berdarah atau kematian yang pelik pelik. 12. Terhidu bau pelik seperti darah , kemenyan atau wangian.

MH370 Search Resumes Year-End with New Ocean Infinity Agreement

MH370 Search to Resume: Malaysia Signs New Agreement with Ocean Infinity MH370: Agreement with Ocean Infinity Signed, Search to Recommence Year-End Malaysia Finalizes Deal to Renew Search for Flight MH370 SEPANG (April 3, 2024): The Malaysian Government has officially signed a new agreement with Ocean Infinity (United Kingdom) to restart the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 . This development marks a significant milestone in the decade-long saga that has haunted nations, aviation communities, and the families of 239 people on board. According to Malaysian Transport Minister Anthony Loke , the no-find-no-fee search mission will recommence at the end of 2024. This operation will focus on a new area of the southern Indian Ocean, based on updated data and advanced underwater surveillance technologies. Background: A Decade of Mystery and Unanswered Questions The Boeing 777-200ER aircraft, operating as Malaysia Airlines Flight MH370 ...

Tido atas tebing