Skip to main content

9 sifat calon isteri idaman lelaki

MENCINTAI SEPENUH HATI
Lelaki mana yang sanggup memilih perempuan yang tidak menyintai sepenuh hati? Mesti akan terlintas difikiran untuk mencari seseorang yang benar-benar menyintai diri dia. Kebiasaannya pula dalam diri perempuan terdapat satu sifat yang mana kalau dia betul-betul cintakan lelaki tersebut, mesti dia akan cepat sesuaikan diri dengan lelaki tersebut. Sehinggakan benda yang kecil bagi lelaki itu pun akan jadi benda yang penting bagi perempuan. Insyaallah, kalau anda benar-benar sayangkan dia, dia tidak akan menghampakan anda.



MEMBANTU PASANGAN MENJADI LEBIH BAIK
Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Namun, cinta itu mampu membuatkan diri anda lebih sempurna kerana sifat saling melengkapi itu mampu menutup kelemahan masing-masing. Jadi, amat penting bagi seseorang perempuan itu untuk membantu pasangan jadi lebih baik. Tapi jangan bimbang, perasaan ini akan lahir sendiri apabila anda benar-benar menyintai pasangan anda.



TAAT DAN PATUH

Seorang lelaki sentiasa mengharapkan seorang perempuan yang mampu mendengar katanya. Kerana didalam Al-Quran sendiri ada mengatakan bahawa syurga isteri itu terletak pada suami. Sekiranya ingar sang isteri itu terhadap suami, jangan haraplah untuk tinggal didalam syurga. Kerana sifat azali seorang lelaki itu ialah ego. Sekiranya anda ingkar terhadap suami, ini bermakna anda tidak menghormati suami anda.



RAPAT DENGAN KELUARGA
Lelaki juga suka pada perempuan yang rapat dengan keluarganya terutama ibunya. Oleh sebab itu jangan sesekali mengutuk ibu dia jika anda tidak mahu dia naik angin. Ini kerana lelaki tidak mahu seorang perempuan untuk rapat dengan dirinya saja, tetapi juga dengan keluarganya kerana ini menunjukkan anda menghargai orang yang penting dalam hidup dia.


PANDAI BERDIKARI
Seorang lelaki suka jika perempuan itu menunjukkan kematangannnya. Bagaimana dia menguruskan hidup dia sendiri tanpa terlalu bergantung kepada lelaki. Sebagai contoh, bukankah lebih baik jika seorang isteri yang tidak bekerja itu mengambil anak-anak pulang dari sekolah daripada mengharapkan si suami untuk keluar sebentar mengambil anak pulang? Ringan sikit beban si suami...


MENJADI PENDORONG
Pasti ada suatu ketika nanti si lelaki akan menghadapi masa-masa yang sukar untuk ditempuhi seorang diri. Jika anda sebagai seorang perempuan yang amat penting kepada diri dia, takkan anda sanggup untuk membiarkan dia sebegitu saja? Sudah semestinya anda perlu menjadi pendorong untuk dia menjadi lebih berjaya dalam hidup bukan?


WANITA BIJAK
Zaman telah berubah, begitu juga dengan perempuan. Perempuan zaman sekarang bukan lagi seperti dahulu kerana telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran. Sehingga ada suatu ketika negara dikejutkan dengan peratus pelajar perempuan yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki di universiti. Jadi lelaki juga mahukan perempuan yang berpendidikan kerana ia menimbulkan perasaan kagum dan hormat.




PANDAI BERHIAS
Sebut saja Rozita Che Wan, semua orang akan kata dia cantik walaupun umur bukan 20an lagi. Suami mana yang tak bangga kalau isteri cantik macam artis. Bila orang puji, tersenyum lebar je suami. Tapi kalau tak tahu berhias, jangan berlagak pandai kononnya nak buat eksperimen sendiri, silap-silap akan ditertawakan orang ramai. Cuba banyakkan membaca majalah fesyen dan berkaitan fesyen .


TAHU KAWAL SIFAT CEREWET
Akhir sekali, masalah biasa yang menyebabkan lelaki rasa bosan dengan seseorang perempuan itu ialah cerewet. Tapi kalau anda sebagai perempuan mampu mengawal pengai cerewet anda, tak mustahil kalau suami anda akan hadiahkan BMW 5 series sebagai tanda sayang dan cinta dia. Memang ada kalanya perangai lelaki ni akan buat perempuan hilang sabar, tapi cubalah tegur dengan cara yang lembut.


Src : cari forum

Comments

Popular posts from this blog

Girlfriend Nazmi Faiz Mansur nama Nadia Ismael

Gossip ke idak pakcik tak tahu le plak , tapi bila di search ini le gambar awek yang keluar namanya Nadia Ismael , kepada awek awek yang menyimpan perasaan kat luar sana tu jangan le keciwa ye , budak tu kecik lagi jauh lagi perjalanan , lagi elok main bola dari pasang awek kiri kanan , kang bola kemana apa kemana.

Fatal Hit and Run Allegation Investigated in Menora Tunnel Crash

Fatal Menora Tunnel Crash: Police Probe Possible Hit-and-Run Involving MPV A viral video shows an MPV failing to brake in time and purportedly running over a pregnant woman, who had been thrown out of her vehicle that went out of control. Overview of the Tragic Menora Tunnel Incident In a deeply distressing development on Malaysian roads, tragedy struck near the infamous Menora Tunnel along the North-South Expressway when a pregnant woman was killed in a horrific accident. Initial reports identified the crash as a single-vehicle incident. However, recent claims and evidence suggest a far more disturbing narrative: a possible hit-and-run . The police are now investigating claims that the woman, whose identity hasn't been publicly disclosed, may have been struck by a multi-purpose vehicle (MPV) that failed to brake in time, consequently running over her while she was lying helplessly on the roadway. The woman had been ejected from her vehicle during the initial c...

Penyanyi Indonesia Syahrini bangga dada di tandatangan Bekham

Penyanyi seksi Syahrini dengan bangganya mempamerkan tanda tangan David Bekham  di atas dadanya yang hanya beralas baju t-shirt yang ketat. Beliau juga bertindak mencium pipi pemain bola sepak terkenal manchester united  tersebut. Pelik bila Pasukan Malaysia bertandang kita dilayan seperti sampah tetapi bila pasukan barat yang  yang datang jauh beribu batu mereka dilayan seperti raja.