Morning banana diet
Makan pisang untuk sarapan.
Anda boleh makan lebih dari satu pisang, orang yang cipta morning banana ni pun
makan 4 pisang setiap pagi. Tapi jangan le makan sampai kembung nanti kentut dalam
lift sapa nak tanggung?
Kalau rasa lapar lagi lepas sejam dua digalakkan tunggu je la sampai lunch , kalau tak tahan sangat makan biskut kering.( satu cukup jangan makan banyak banyak)
Lunch/Dinner
Makan macam biasa tapi dinner kene makan sebelum pukul 8 pm, lagi elok sebelum pukul 6 pm.
Jenis makanan tak kisah , berapa banyak pun tak kisah tapi digalakkan jangan la makan sampai penuh sampai boleh tercabut butang baju.Makan sampai puas lepas tu stop.Kalau nak cepat result jangam ambil nasi dan makan bergoreng . ( ni kalau nak cepat)
Desert masa diner diharamkan.
Minuman
Minuman yang dibenarkan hanyalah air kosong bersuhu bilik. Air sejuk atau panas tidak dibolehkan.
Apabila minum air jangan minum dengan laju. Minum sedikit sedikit dan bukan minum untuk menurunkan makanan kedalam perut.Minum banyak air digalakkan tetapi jangan minum dengan banyak sekali hadap.
Kunyah
Kunyah makanan anda perlahan lahan, jangan makan terlalu laju. bila anda makan perlahan anda akan makan sedikit dan makanan pun senang hadam.
Snack tengah hari
Anda boleh mengambil snack tengah hari.Makanan manis seperti chocolate dan cookies boleh diambil pada waktu lebih kurang 3pm.ice cream , donut potato chips tak digalakkan.korang digalakkan gantikan snack ini dengan buah buahan.
Tidur awal
Tidur sebelum tengah malam , tapi jarak antara dinner dan waktu tidur mestilah sekurang kurangnya 4 jam.
Kalau anda tak paham tentang apa sahaja boleh tanya dekat komen, jadi kalau anda rasa anda semakin sihat marilah cuba morning banana diet ni sebab morning banana diet ni boleh dikatakan diet paling senang didalam dunia
Comments
Post a Comment